Saturday, June 20, 2009

Cara-cara Untuk Menguruskan 'Wardrobe'

Hello, kembali semula kepada tips-tips daripada Sarah Ivens. Kali ini, kita akan mengetahui cara-cara untuk menguruskan almari pakaian kiter tuh. Yer, ladies like us love clothes, betul tak? Memang betul. Kalo bole, tiap-tiap minggu ader jer baju baru. Sampai tak muat almari. Nak buang pakaian yang lamer??? Sayang...kan? OK la, kat bawah nih ader tips yang berguna untuk kiter cuba.


1) Mengosongkan almari (bukan buang sumer yer)

-- Ada tiga cara untuk mengosongkan almari:

a) kemaskan sumer pakaian lamer yang tak muat ataupun off season di dalam kotak dan simpan di store. Manalah tau kut2 bole pakai lagi satu ari nanti

b) kalau pakaian-pakaian lamer tu masih elok tetapi dah tak muat, bole la derma kat sesaper ataupun di pusat kitar semula

c) kalo nak lebih seronok, anda bole buat 'parti tukar pakaian' - u wear ur fren's clothes/accessories n she's wearing yours. Lepas tu lepak samer, gossips, watch vcd bla...bla...bla...(practical for bujang only)

2) Susun ikut musim

--Yang ni, tak berapa sesuai untuk negara kita kerana negara kita takder 4 musim...hahaha...Tapi tak mengapa kerana kita boleh susun ikut trend ataupun ikut function.
Pakaian kerja, pakaian dinner, pakaian kasual etc.

3) Cara-cara menyimpan

--Penyangkut baju yang paling sesuai digunakan dibuat daripada plastik, kayu ataupun berspan (mahal nih), kerana ia memastikan bentuk baju dan kain dijaga. Pakaian yang mahal lebih elok digantung pada penyangkut baju berspan.

a) Jarak antara pakaian di dalam almari mestilah 2.5 cm supaya pakaian tersebut tidak berkedut-kedut dengan teruknya.

b) Kalau ruang di dalam almari tidak luas, pakaian-pakaian seperti sweater, jumper dan t-shirts bole dilipat dan disimpan di bahagian lain.

Selamat mencuba...*wink*

No comments: