Sunday, June 21, 2009

Alamak...Bosannya Isnin!

Arghh....betul. Bosannya hari Isnin. Kejap jer cuti dua ari nih.

Semalam aku pegi jumpe Fatin (member aku yg keje kt Jepun tuh). Kitaorang sepatutnyer berjumpa kat JJ Wangsa Maju. Aku penah pegi tempat tu dua kali jer. First time, 6 tahun dulu, second time tahun lepas...tapi tupun aku mengekori orang. Tak sempat nak tengok2 landmarks sebab member aku bawak laju sangat. Hehe.

Nasib baik aku bawak Is, takla terasa sepi sangat bile sesat. Haha...memang aku sesat pun. Dahla sesat kat kawasan sekitar jer, area Keramat ngan Setiawangsa...pastu amik masa sejam lak. Sian betul kat Fatin tunggu aku, tapi takper dier pun sampai lambat kat situ. Dalam ati aku, kan bagus kalo aku kenal MatR, umah dier kat area Melati/Melawati. Aku pun tak sure maner satu. Kalo tak dah lamer aku mintak dier tunjukkan jalan...heeheeheeee~~~.

At last sampai gak kat JJ tuh. So, kitaorang decided nak lepak kat Old Town Kopitiam. Masuk jer kedai tuh, order tak sampai 5 minit...puff...blackout. Hah! Kedai tu jer lak yang blackout. Kitaorang pun dudukla kat situ sambil tunggu elektrik dah ok. Tapi lampu asyik on ngan off. Waiter kat situ pun bagitau kitaorang yang makanan tak dapat disiapkan, Is pun tak dapat nak rasa blended mocha dier. Yela, electric takder. Akhirnya kitaorang minum air jer.

Then, kitaorang jalan-jalan dalam JJ jer. Takder tempat nak dituju. Tetiber aku terasa lapar lak. Haa...betul, aku suker makan. Pastu aku terasa nak makan nasi lemak special Old Town Kopitiam. Kedai dalam JJ tu dah blackout, tetapi nasib baik Fatin tau ade lagi satu Old Town Kopitiam baru tak jauh dari situ.

Kali ni aku pueh ati, takder blackout. ID Old Town Kopitiam baru ni memang excel giler. Cantik weh, rasa homey jer. Dapatla aku makan nasi lemak tuh. Hmm. Lamer gak kitaorang duk kat situ. Lenguh gak punggung aku duk lamer sangat. Pas makan aku antar Fatin ngan Is balik. Wahhh...aktiviti ari Sabtu aku diisi dengan melawat Old Town Kopitiam jer. Hehehe.

No comments: