Sunday, June 21, 2009

Alamak...Bosannya Isnin!

Arghh....betul. Bosannya hari Isnin. Kejap jer cuti dua ari nih.

Semalam aku pegi jumpe Fatin (member aku yg keje kt Jepun tuh). Kitaorang sepatutnyer berjumpa kat JJ Wangsa Maju. Aku penah pegi tempat tu dua kali jer. First time, 6 tahun dulu, second time tahun lepas...tapi tupun aku mengekori orang. Tak sempat nak tengok2 landmarks sebab member aku bawak laju sangat. Hehe.

Nasib baik aku bawak Is, takla terasa sepi sangat bile sesat. Haha...memang aku sesat pun. Dahla sesat kat kawasan sekitar jer, area Keramat ngan Setiawangsa...pastu amik masa sejam lak. Sian betul kat Fatin tunggu aku, tapi takper dier pun sampai lambat kat situ. Dalam ati aku, kan bagus kalo aku kenal MatR, umah dier kat area Melati/Melawati. Aku pun tak sure maner satu. Kalo tak dah lamer aku mintak dier tunjukkan jalan...heeheeheeee~~~.

At last sampai gak kat JJ tuh. So, kitaorang decided nak lepak kat Old Town Kopitiam. Masuk jer kedai tuh, order tak sampai 5 minit...puff...blackout. Hah! Kedai tu jer lak yang blackout. Kitaorang pun dudukla kat situ sambil tunggu elektrik dah ok. Tapi lampu asyik on ngan off. Waiter kat situ pun bagitau kitaorang yang makanan tak dapat disiapkan, Is pun tak dapat nak rasa blended mocha dier. Yela, electric takder. Akhirnya kitaorang minum air jer.

Then, kitaorang jalan-jalan dalam JJ jer. Takder tempat nak dituju. Tetiber aku terasa lapar lak. Haa...betul, aku suker makan. Pastu aku terasa nak makan nasi lemak special Old Town Kopitiam. Kedai dalam JJ tu dah blackout, tetapi nasib baik Fatin tau ade lagi satu Old Town Kopitiam baru tak jauh dari situ.

Kali ni aku pueh ati, takder blackout. ID Old Town Kopitiam baru ni memang excel giler. Cantik weh, rasa homey jer. Dapatla aku makan nasi lemak tuh. Hmm. Lamer gak kitaorang duk kat situ. Lenguh gak punggung aku duk lamer sangat. Pas makan aku antar Fatin ngan Is balik. Wahhh...aktiviti ari Sabtu aku diisi dengan melawat Old Town Kopitiam jer. Hehehe.

Saturday, June 20, 2009

Cara-cara Untuk Menguruskan 'Wardrobe'

Hello, kembali semula kepada tips-tips daripada Sarah Ivens. Kali ini, kita akan mengetahui cara-cara untuk menguruskan almari pakaian kiter tuh. Yer, ladies like us love clothes, betul tak? Memang betul. Kalo bole, tiap-tiap minggu ader jer baju baru. Sampai tak muat almari. Nak buang pakaian yang lamer??? Sayang...kan? OK la, kat bawah nih ader tips yang berguna untuk kiter cuba.


1) Mengosongkan almari (bukan buang sumer yer)

-- Ada tiga cara untuk mengosongkan almari:

a) kemaskan sumer pakaian lamer yang tak muat ataupun off season di dalam kotak dan simpan di store. Manalah tau kut2 bole pakai lagi satu ari nanti

b) kalau pakaian-pakaian lamer tu masih elok tetapi dah tak muat, bole la derma kat sesaper ataupun di pusat kitar semula

c) kalo nak lebih seronok, anda bole buat 'parti tukar pakaian' - u wear ur fren's clothes/accessories n she's wearing yours. Lepas tu lepak samer, gossips, watch vcd bla...bla...bla...(practical for bujang only)

2) Susun ikut musim

--Yang ni, tak berapa sesuai untuk negara kita kerana negara kita takder 4 musim...hahaha...Tapi tak mengapa kerana kita boleh susun ikut trend ataupun ikut function.
Pakaian kerja, pakaian dinner, pakaian kasual etc.

3) Cara-cara menyimpan

--Penyangkut baju yang paling sesuai digunakan dibuat daripada plastik, kayu ataupun berspan (mahal nih), kerana ia memastikan bentuk baju dan kain dijaga. Pakaian yang mahal lebih elok digantung pada penyangkut baju berspan.

a) Jarak antara pakaian di dalam almari mestilah 2.5 cm supaya pakaian tersebut tidak berkedut-kedut dengan teruknya.

b) Kalau ruang di dalam almari tidak luas, pakaian-pakaian seperti sweater, jumper dan t-shirts bole dilipat dan disimpan di bahagian lain.

Selamat mencuba...*wink*

Mari Jawab Riddles Siri 3

Taa daa. Aku berterima kasih kepada Laili kerana sudi menjawab riddles aku yang sebelum nih. Nampaknya tak dapat laa dier menikmati makanan percuma di Bismi kerana jawapan untuk no.5 yang diberikannya, salah. (FYI - pengangkutan sendiri). Tapi, tak mengapa, skrang masanyer untuk Riddles Siri 3.

Jawapan untuk Mari Jawab Riddles Siri 2:

1) meat
2) because the lorry driver is walking and not driving
3) fire
4) traffic jam
5) garbage truck

So, sila lah teka untuk siri kali ini:

1) What cruel person would sit on a baby?
2) What kind of pine has the sharpest needles?
3) When do you get that run-down feeling? (check the meaning of run-down in dict.)
4) What is the laziest mountain in the world?
5) What is the important subject that a witch learns in witch school?

Good Luck, frens!!!

Menigisi masa lapang...kununnyer laa

Haa...arinih aku bangun awal pagi. Aku anta msg kat kawan-kawan aku, tapi dorang tak reply pun. Hmm, mesti sumer tengah tido lagi. Yelaa, ujan pun lebat. Sedap nih kalo tido lamer-lamer. Kengkawan, jangan luper nak bangun lak!!!

So, untuk mengisi masa lapang aku (walaupun tak lapang pun sebabnye aku tinggalkan sumer keje kat skulah...malas nak tengok...hee~~~), aku pun mem 'blog' la kat sini. Seronok pulak rasanyer tak wat aper2 ujung minggu. Rasa cam cuti-cuti Malaysia. Alamak, tetiber teringat kawan aku, Fatin yang duk kat Jepun tuh. Isk, sepatutnyer aku jumper dier nih...adess...short term memory sungguhsss.Skrang dier cuti, aku nak mintak dier belikan aku Kabuki Mask.

Ha, apsal aku nak kabuki mask??? Sebabnyer, aku nak menakutkan anak-anak murid aku. Warghahaha!!! Taklaa...aku nak wat koleksi. Aku suker kumpul mender2 macam nih. I'm a unique collector n I'm a big fan of Slipknot....wargh, metal.

P/S- Hmmm...aper lagi aku nak kumpul yer....

Wednesday, June 10, 2009

Bila Aku Rasa Lalala...

Cuti yang memenatkan. stress betul blakang badan aku menanda ktas exam...eee, tinggal lagi dua daripada sembilan. Rasa cam buat rally jer. Tak, macam masuk trialthon.

Habis jer sumer kertas tuh, aku nak ber'parti'. Korang mesti dah pikir len kan. Aku bukan gi parti kat club ataupun masuk parti politik. Aku sendiri yang berparti. Ader cadangan bernas tak? Kat maner patut aku me'release' tension nih.

Kalo aku ader banyak duit, dah lamer dah aku fly gi Paris, Italy, Japan, Korea...bla...bla...bla.

Thursday, June 4, 2009

Camner Nak Elak Stress!

Ha...btul. Aku pun selalu stress. Tak bole nak elak. Kalo pegi tempat keje jer, stress. Kalo balik rumah pun stress. Tapi kat bawah ni ader tips untuk elak stress (thanks to Sarah Ivens).

1) Bersenam - Sambil duduk pun bole bersenam. Kalo malas nak buat kat rumah, menari jer ikut lagu feveret.

2) Tarik nafas dalam-dalam - Aku selalu buat nih, especially time traffic jam. Tarik nafas...kira sampai 5. Kemudian hembus...pun kira sampai 5.

3) Binatang peliharaan - Kalau tak mampu daripada segi zahir, tak payahla memelihara binatang. Kesian dorang. Aper-aper pun, korang still bole bermain ngan kucing jiran takpun ngan kucing-kucing liar kat tepi jalan tuh. Ikan pun bole daa.

4) Ambil tahu bile mase kiter stress - terutamanya kalo dah sampai due date, time meeting etc. So, kalo dah agak2 time tu dah dekat, cepat-cepat bersedia. Lalalala....~~~

5) Luahkan - yer, ni paling malas nak buat, kan? Sebab aper, malu? Ha, takper kiter bole luahkan kat besfren kiter (BFF) kalo ader masalah. Kalo dah ade bf ke hubby ker, kat situlah tempat luahan perasaan korang.

6) Berfikiran positif - selalu berkata 'aku boleh' walaupun berat ati nak wat.Hehehe.

7) Berjalan-jalan - Kalo tensen sangat, cuberla take a break. Pegila jalan-jalan kat kedai-kedai berdekatan. Cuci mater skik. Kalo kat skulah, pegila jalan-jalan kat kebun blakang skulah tu.

8) Wangi-wangian - Letak kat meja korang, botol aromateraphy tuh. Minyak wangi pun bole, simpan dalam handbag. Biler tensen jer, spray...Tips: Lavender - Calmy, Lemon - Fresh, energise, Vanilla - childhood flashback.

9) Regangan (stretch) - Biler banyak sangat menulis atau menaip, mesti belakang terase sakit kan? Apalagi, stretch la tangan-tangan tuh. Jangan sampai tertumbuk jiran sebelah dahla. Hehehe.

10) Mandi air panas - Korang jangan salah faham lak. Bukan aku suruh korang gi boil air cam nak mandi pagi tuh. Ni khas untuk orang yang ader bathtub jer. Sesuai untuk orang yang suker rendam lamer-lamer dalam air. Memang best, tapi jangan sampai kecut kulit yer.

Ok, tu jer tips elak stress. Cuba dan jaya yer kengkawan!

Mari Jawab Riddles Siri 2

Halu...halu...cam Zizan Raja Lawak la rasenyer. Ha, korang ader try tak jawab riddles arituh. Ni ha jawapannya:

1) Santa Claus is laughing his HEAD OFF!
2) Ant-Eater~~~
3) The Sun
4) Ouch!!!
5) Hungary

Oraitt, skrang aku ader riddles baru untuk korang pikir-pikir ekk. Lagi senang daripada solve Sudoku. Dijamin oleh susu dairyboard (tak bole guner namer company, nant kena saman lak...hee~~~).

1) A butcher is 6 feet tall and wears size 9 shoes. What does he weigh?

2) A policeman saw a lorry driver going the wrong way down a one way street, but he didn't stop him. Why?

3) As long as I eat, I'll live, but when I drink, I'll die. What am I?

4) What jam can't you put on the bread?

5) What is big, has four wheels and flies?

Goodluck!!!

Busannyer Biler Statik

Yahoo...cuti aku dah bermula, ala 2 minggu jer. Tupun banyak kertas nak tanda. Kalaulah aku ni jahat....hmmmm....Hehehe.

Tapi aku dah rase busan nih. Rase cam statik jer. Aku dah beli 5 buah buku Sudoku. Kunun hebatla tuh, teruja slepas Zety ajar main mender tuh. Sampai kene sakit kepaler lak nak solve Sudoku tuh.

Ikutkan hati, rase nak tido jer sepanjang cuti nih. Tapi cam Sleeping Beauty lak (cewah, pasannyer aku). Pastu ader hensem prince datang nak slamatkan aku. Wah, ni dah terlebey brangan nih. Kehkehkeh.

Aku dan sifu Sudoku, Zety