Thursday, September 24, 2009

Kenangan Bersama Murid-murid Tahun 6

Haa...abes jer UPSR, sumer murid Tahun 6 bergumbira sakan. Ntah aper aktiviti dorang wat kat skulah. Cikgu-cikgu pun dah malas nak ngajar dorang. Yang penting, dorang tak ponteng skulah. So, ini antara gambar-gambar yang sempat aku amik maser mengajar kelas malam a.k.a kelas NADI tuh...aku sempat amik gamba kelas 1 jer...sbb time kelas 2, kelam kabut aku dibuatnyer...maner tak nyer, aku kena control geng Rubie tuh. Amik kau, glamer Rubie kat blog aku nih. Hahaha.
P/S- Time nih, budak-budak ni sumer kena masuk Hogwarts. Aku la Prof. dorang. Hahaha.


P/S- Ni jamuan NADI, time ni time dorang melantak. Muker aku pun dah penat semacam. Yelaa, siang mengajar...malam pun kena mengajar lagi. Takper, demi Hogwarts...aku akan terus berjuang....cewah!!!

Slumber Party!

Sebelum aku nak bercerita pasal slumber party nih, aku nak bagitau dulu pasal promotion McD nih. Wah, thanks a lot to Salida sbb dier nyer pasal la, aku teruja nak dapatkan drinking glass daripada McD nih. Ader 7 koleksi, yang pertama berwarna pink. Nice one! Meh aku tunjuk korang gambar gelas yang aku dapat tuh.


P/S - Bukannyer aper, tapi gelas ni ader kualiti maa. From Luminarc. Haa, macam makcik-makcik lak aku nih. So, tunggu aper lagi. Grab one laa dengan syarat korang purchase Large Coke Contour Glass Meal. Yummy!!!

Ok, ok, skrang aku nak citer pasal slumber party. Selepas raya nih, aku ader plan ngan Isma n Zeti. Aku plan nak wat slumber party. Sbenarnya aku nak try mekap skill aku kat bebudak tuh. Tak lamer lagi, jadi mak andam amateur la aku nih. Hahaha. Best gak parti selamber nih (memandai jer aku tukar namer dier), sebabnya ader banyak aktiviti bole wat. Antaranya:

a) Grooming (sah-sah yang ni keje memekap jer)

b) DVD marathon

c) CookDmeal (aku dah penah ckp kat Is aku nak masakkan ayam madu tuh...slurppp...sedapnyer...best nih, kalo sumer lepak kt dapur)

d) karaoke (sumer orang kena menyanyi, yang pasti orang yang kena nyanyi tuh kena menyanyikan lagu yang dipilih oleh kengkawan)

e) Games (aku dah plan nak men UNO...haha (bukan UNO beser tu yer...ni psikik nyer UNO))

f) Swapclothes (setiap sorang bawak 2 jenis barang yang unwanted tapi masih elok...manerla tau, kut-kut bole swap ker. Barang-barang: clothes, aksesori, hats/caps dsb.)

Tapi, slumber party nih lagi best kalo wat kat hotel. Hehe, perasannya aku. So, anyone wanna join???

Actually slumber party ni adalah cum bachelorette party kepada Zety...pasni ko dah xleh enjoy camnih...warghahaha!!! (jahatnyer aku...)


P/S- abes kulit aku burnt sbb dek panas mentari laut

Berhari Raya Di KL


Wahai kengkawan ku...Selamat Hari Raya Aidilfitri !!! Biler la korang nak balik KL nih??? Aku dah mati kutu sbb xder tempat nak pegi beraya. Wahaha!!! Sebenarnya, dah 2 tahun aku beraya kat KL nih...rumah yang aku dapat gi cumer rumah makcik aku kt Sg. Buloh. Itupun sbb dier x balik kg raya pertama. Nak gi shopping, aku tengah budget...almaklumla....dot dot dot...(sila isi sendiri).

Kekadang rase best gak raya kat KL nih. Aman jap sbbnya jalan raya sumer lengang. Rasa cam KL ni lak yang mcm kampung. Tapi biler dah raya ketiga, keempat...dah naik bosan lak. Tetiber aku rase cam nak nyanyi lagu Aishah 'Pulanglah' kat kengkawan aku nih.

Raya ketiga arituh, adela bebudak datang beraya. Tapi disebabkan aku ni 'nakal', aku duk diam dalam bilik jer. Hehehe. Nasib baik laa adik lelaki aku nih pandai melayan dorang tuh. Lagipun aku bukan kenal pun bebudak tuh, entah anak saper tah. Siap ader sorang tuh taknak minum taknak makan...sah, dier memang nak duit raya jer. Cess...materialistik sungguh.


Anyway, kengkawan, walaupun korang tak selalu visit aku nyer blog, aku tetap nak mohon ampun dan maaf sempena bulan yang mulia nih. Especially kat 'orang tuh', tahun nih aku tak dapat kad raya daripada dier. Marah benar 'orang tuh' kat aku yer. Hahaha. Setahu aku, dier dah bahagia sekarang. Semoga dier sedar ader baiknya jadi begini. Cewah, cam lagu lak.

Sunday, September 13, 2009

Hobi Di Bulan Puasa

Kekadang rasa nak tergelak lak kat diri sendiri. Kejap je bulan puasa ni nak abes. Tapi yang paling aku tak luper ialah aktiviti-aktiviti yang aku dan kengkawan aku lakukan sepanjang bulan puasa nih. Yelaa, kekadang kita ni terpakse jugak melepaskan tensyen kan. Bulan puasa pun ade tensyen nyer tapi takla seteruk bulan-bulan bekerja yang lain.


Aktiviti pertama yang biasa aku lakukan pada bulan puasa ialah shopping. Tak kiralah shopping maser sale ker, masa bukan sale ker atau pun window shopping. Aktiviti ni mesti ader dlm tentatif bulan puasa. Partner aku shopping, saper lagi kalo bukan Zety. Memang bestla shopping ngan dier nih. Kitaorang memang tak kenal penat di bulan puasa, yang penting puas ati. Hahaha. Yang paling hebat, satu ari kitaorang leh pegi kat 3 shopping mall. Sebabnya, kitaorang tak dapat aper yang kitaorang nak. Bak kata pepatah yang aku reka sendiri, "MESTI kena dapat". Giler kan???


Aktiviti kedua, berbuka puasa ngan kengkawan. Mesti punyer la. Partner bukak puasa aku Is ngan Zety. Ngan Ona nih, tak sempat-sempat lagi. Raya dah nak dekat nih, biler la dier nak bukak puasa ngan aku nih??? Sambil-sambil tunggu nak bukak puasa, sempat lagi kitaorang shopping. Ahaksss...


Selain jalan-jalan nih, aku ader gak wat aktiviti sambil duduk. Contohnya main online games kat Facebook. Seronoknya main games tuh, sbbnya dapat main kumpul duit. Kalo la games tu realiti, mesti aku dah kaya skarang nih. Hahaha. Ha, aku ader gak hobi lain. Memotoshop gambar-gambar. Memandangkan aku tak ader DSLR lagi, so aku guna teknik ni je la untuk memastikan gambar-gambar coolpix aku samer kualiti ngan DSLR.